Setiausaha Prabakaran letak jawatan

Rozan Azen Mat Rasip. Foto: sumber Astro Awani
Rozan Azen Mat Rasip. Foto: sumber Astro Awani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setiausaha kepada Ahli Parlimen Batu, Rozan Azen Mat Rasip hari ini mengumumkan peletakan jawatannya menerusi satu kenyataan.

Rozan Azen berkata, tindakannya meletak jawatan sebagai setiausaha kepada P Prabakaran disebabkan tiada lagi persefahaman selain campur tangan pihak ketiga dalam tugasnya.

"Maka dengan ini ingin dimaklumkan bahawa saya, Rozan Azen Mat Rasip meletak jawatan sebagai Setiausaha Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran di atas sebab tiada lagi kesefahaman dan juga faktor campur tangan pihak berkepentingan yang menjejaskan kerja-kerja harian kami.

"Saya akan mengadakan sidang media memberi penjelasan dan butiran lanjut atas konflik yang timbul serta perkara lain yang memaksa saya melepaskan jawatan. Mohon maaf kepada semua atas sebarang kelemahan dan kesilapan yang pernah saya lakukan jika ada," katanya menerusi kenyataan itu.

Pihak media menjangkakan akan mengetahui butiran lanjut peletakan jawatan Rozan Azen menerusi sidang media yang akan dibuatnya dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan: