X

Kindly register in order to view this article
!

Empat maut kereta masuk parit

Kenderaan Perodua Viva dinaiki keempat-empat mangsa terbabas lalu masuk ke dalam parit di KM55 Jalan Klang - Teluk Intan berhampiran Sungai Terap, Tanjong Karang di sini petang tadi.
A
A

TANJONG KARANG - Empat maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu masuk ke dalam parit di KM55 Jalan Klang - Teluk Intan berhampiran Sungai Terap, Tanjong Karang di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, pemandu kereta Perodua Viva, Ahmad Awang, 56, dan tiga penumpang iaitu Norriyah Mohd Zain, 61, Hayati Mohd Zain, 57 dan Khmisah Saleh, 87, masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Md Asri A Wahab berkata, kejadian berlaku apabila pemandu dari arah Klang menghala ke Teluk Intan.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, pemandu kereta hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan arah bertentangan dan masuk ke dalam parit," katanya.

Md Asri berkata, keempat-empat mangsa dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan, namun pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.

"Tiga daripada mangsa beralamat di Persiaran Hamzah Alang, Kampung Bukit Kapar, manakala seorang lagi mangsa berusia 87 tahun beralamat di Batu 7 Jalan Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang," katanya.

Katanya, semua mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!