Saya tak faham apa sebenarnya Nik Zawawi mahu: Mujahid

Mujahid (kiri) dan Nik Muhammad Zawawi.
Mujahid (kiri) dan Nik Muhammad Zawawi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mempersoalkan sikap Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang dilihat ‘berflip flop’ berhubung cabaran untuk berdialog.

Beliau berkata, banyak alasan yang diberikan selepas cabaran itu disahut oleh pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin dan Zulkarnain Zainal Abidin sedangkan daripada awal dimaklumkan tiada sebarang syarat.

"Dia kata dia bersedia. Ada orang respons antaranya Ustaz Wan Ji, tapi dia kata pula budak jalanan.

"Kemudian, Ustaz Zulkarnain Zainal Abidin juga menawarkan diri dan kami di peringkat pentadbiran juga melalui TV Hijrah tidak ada halangan membuka ruang supaya perdebatan itu berlaku secara sihat. Kemudian, beliau katakan tidak setaraf.

"Jadi... kalau dia flip flop macam ni, saya pun tak tahu apa yang dia mahu sebenarnya," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Semarak Syawal di Dewan Perdana Felda di sini hari ini.

Dr Mujahid menyifatkan kenyataan itu menggambarkan sifat pemimpin Pas yang suka membuat pusingan U.

“Saya rasa pemimpin Pas ni banyak yang u-turn. Mula kata tak kira siapa tapi, bila bagi dia kata budak jalanan... dia kata kena isytihar (harta) tapi hari ini pula kata tak payah isytihar harta sebab Islam tak bagi.

“Dulu kata UMNO wajib kita tumbangkan hari ini dia berkawan pula dengan UMNO. Jadi saya tak terkejutlah kenyataan ketua ulamak dia tu flip-flop sebab selama ni Pas flip flop," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Ulamak Pas kata wajib jatuhkan PH

Sebelum ini, Nik Zawawi mengeluarkan kenyataan kontroversi ketika berucap di Muktamar Pas apabila menyeru ahli parti itu wajib menumbangkan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum akan datang.

Ekoran itu, beliau turut mencabar pimpinan PH untuk berdialog ekoran dan menamakan Mujahid sebagai salah seorang daripadanya kerana terlibat dalam merangka dasar-dasar kerajaan.