Pas lambat menang sebab terlalu berhati-hati: Nik Abduh

Nik Abduh menerima cenderamata kepada wakil penganjur.
Nik Abduh menerima cenderamata kepada wakil penganjur.
A
A
A

GOMBAK - Pas perlu mengakui lambat mencapai kemenangan dalam perjuangan politik disebabkan kesibukan ahli-ahlinya memperjuangkan syiar Islam.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Pas juga lambat menang disebabkan parti Islam itu lebih berhati-hati dan tidak tergesa-gesa mencapai kemenangan.

"Persepsi politik anak muda kurang tepat apabila tidak berpuas hati dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak maka mereka berpandangan perlu menjatuhkan pemimpin itu.

"Tapi selepas PRU14, kerajaan baru PH mula nampak keretakan. Saya tak mahu cakap banyak kita tengok saja filem, lihat apa yang berlaku seterusnya," katanya semasa merasmikan Majlis Makan Malam Dana SRITI Al-Mustaqim di Restoran Nelayan Jalan Gombak di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keadaan semasa mengenai keretakan dalam kerajaan PH.

Menurutnya, umum perlu mengakui Pas adalah parti paling lama bertahan dalam arena politik.

"Pelbagai fitnah tohmahan dilemparkan kepada parti Pas untuk pupuk sikap kebencian kepada anak cucu, tapi usaha Pas diikhtiraf apabila mewujudkan pusat pendidikan swasta (Pasti) pasti yang terbaik kepada masyarakat.

"Tiada parti politik sesibuk Pas yang mahu rakyat memahami politik secara keseluruhan dalam masa sama tauhid dan akhlak anak-anak turut diajar," katanya.

Artikel Berkaitan: