SPRM, Parlimen perlu beri penerangan isu isytihar harta

Abu Kassim
Abu Kassim
A
A
A

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Parlimen perlu mengadakan penerangan secara tertutup supaya semua Ahli Parlimen benar-benar faham keperluan mengisytiharkan harta.

Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, semua pihak terbabit perlu diberi kefahaman berkaitan perincian perkara itu bagi mengelakkan kekeliruan.

Menurutnya, beliau akan berbincang dengan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dalam masa terdekat bagi tujuan itu.

"Taklimat berkaitan justifikasi isytihar aset itu mesti diadakan secara tertutup bukan terbuka," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abu Kassim berkata, pengisytiharaan aset itu adalah proses menjadikan pentadbiran negara lebih telus.

"Kita dipilih oleh konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

"Salah satu tuntutan konvensyen ialah mahukan wakil rakyat mengisytiharkan harta mereka," katanya.

Semalam Dewan Rakyat meluluskan usul mewajibkan Ahli Parlimen termasuk isteri dan anak mengisytiharkan harta masing-masing.

Artikel Berkaitan: