Penganggur mengaku rompak kedai serbaneka

Tertuduh (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas mengaku salah merompak kedai serbaneka di Pengkalan Chepa.
Tertuduh (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas mengaku salah merompak kedai serbaneka di Pengkalan Chepa.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang penganggur mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam, bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Syahiran Abdul Aziz, 25, didakwa di hadapan Hakim Mohd Rosly Mohamed Nawi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyamun menggunakan pisau di sebuah kedai serbaneka di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa di sini sehingga menyebabkan kerugian RM200 pada jam 2.15 pagi, 23 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 14 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan hukumannya akan ditetapkan esok.

Artikel Berkaitan: