Namanzee Harris dilantik Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah

Namanzee Harris
Namanzee Harris
A
A
A

KUALA LUMPUR - TV AlHijrahhari ini telah mengumumkan Namanzee Harris telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah yang baharu berkuatkuasa 1 Julai 2019. Beliau akan melapor kepada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah TV AlHijrah.

Namanzee memiliki enam belas tahun pengalaman di dalam dunia penyiaran. Jawatan terakhir yang disandang beliau di Astro adalah Ketua Jabatan Strategi Kandungan & Inovasi.

No Image Caption

Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) mempunyai latar belakang media yang meyakinkan di mana beliau pernah terlibat secara langsung dan menjadi tulang belakang di dalam penerbitan rancangan-rancangan realiti televisyen.

Beliau juga berpengalaman menguruskan saluran berbentuk agama Astro Oasis serta memiliki sijil Darjah Khas dari Sekolah Agama Dato’ Abdullah Esa, Johor Bahru.

Pengerusi TV AlHijrah, Datuk Hussamuddin Haji Yaacub berkata, TV AlHijrah amat gembira dengan pelantikan ini.

"Insya-ALLAH, Namanzee akan membawa stesen TV AlHijrah ke arah prestasi yang lebih baik dan membantu memastikan operasi organisasi ini akan terus berjalan dengan lebih lancar.

Artikel Berkaitan:

“Pelantikan ini adalah berita yang amat dialu-alukan dan diyakini bakal menyuntik aspirasi yang diperlukan TV AlHijrah dalam usaha menjadi stesen penyiar Islam terunggul di rantau ini, Semoga TV AlHijrah sentiasa pada tahap cemerlang dan melangkah maju ke hadapan,” katanya.