Polis serbu pub tak berlesen, tangkap warga asing

Pemeriksaan dilakukan polis dalam serbuan di sebuah pub di Jalan USJ 21/6, Subang Jaya, tengah malam tadi.
Pemeriksaan dilakukan polis dalam serbuan di sebuah pub di Jalan USJ 21/6, Subang Jaya, tengah malam tadi.
A
A
A

SUBANG JAYA - Sebuah pub terletak di Jalan USJ 21/6, di sini, bukan sahaja berani beroperasi tanpa lesen, malah turut dikesan menggajikan warga asing sebagai pekerja.

Pembongkaran itu dibuat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, dalam serbuan tengah malam tadi.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Shukor berkata, serbuan kira-kira jam 12.10 tengah malam itu bertindak hasil maklumat dan risikan.

"Seramai tiga warga Bangladesh termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20 hingga 30-an ditahan.

Antara individu yang ditahan dalam operasi di sebuah pub di Jalan USJ 21/6, Subang Jaya, tengah malam tadi.
Antara individu yang ditahan dalam operasi di sebuah pub di Jalan USJ 21/6, Subang Jaya, tengah malam tadi.

"Polis turut menahan dua lelaki tempatan merupakan penjaga kaunter serta pekerja restoran itu," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 52 botol minuman keras, peralatan audio serta wang tunai dirampas.

Dalam pada itu, seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun turut ditahan di premis terbabit kerana memiliki dua rekod dikehendaki bersabit kes Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen, Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 3 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!