Wanita UMNO sambut baik Zahid kembali bertugas

Noraini
Noraini
A
A
A

SHAH ALAM - Wanita UMNO menyambut baik pengumuman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah menamatkan percutian beliau hari ini dan kembali menjalankan tugas sebagai presiden parti.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, selaku presiden yang dipilih beliau mempunyai hak untuk menentukan tempoh bercuti yang dikehendaki.

"Kita (Wanita UMNO) menerima keputusan presiden (Ahmad Zahid) untuk kembali bertugas.

"Lagipun semasa umum bercuti, beliau tidak memaklumkan tempoh dan masa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya lagi, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dipilih sebagai Presiden UMNO untuk tempoh 2021 selepas memenangi pemilihan yang diadakan tahun lalu itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Ahmad Zahid yang juga bekas timbalan perdana menteri hari ini yang telah menamatkan percutiannya dan meneruskan semula tugas sebagai Presiden UMNO ketika berucap pada Majlis Aidilfitri Bagan Datuk, Perak semalam.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengumumkan bercuti daripada menjalankan tugas pada 18 Disember tahun lalu ketika desakan agar beliau meletakkan jawatan.

Ia susulan tindakan beberapa anggota parlimen Umno keluar parti serta kritikan bahawa Umno tiada hala tuju di bawah pimpinannya.

Artikel Berkaitan: