Pesakit orang asli beransur pulih

Dr Mohd Salleh (empat, kiri) bersama Amran (empat, kanan) ketika hadir Majlis Hari Raya di IKPK Bukit Sireh, hari ini.
Dr Mohd Salleh (empat, kiri) bersama Amran (empat, kanan) ketika hadir Majlis Hari Raya di IKPK Bukit Sireh, hari ini.
A
A
A

KUALA KRAI - 11 pesakit orang asli Kuala Koh yang menghadapi masalah berkaitan pernafasan yang masih dirawat di Hospital Kuala Krai sejak Khamis lalu beransur pulih.

Pengarah Hospital Kuala Krai, Dr Mohd Salleh Mat Jusoh berkata, daripada jumlah itu lapan pesakit perempuan dan tiga lelaki ditempatkan di wad Kluster saluran pernafasan dalam kalangan orang asli.

"Sehingga kini hanya dua pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk seorang kanak-kanak 6 tahun di masukkan ke unit ini kelmarin apabila kadar pernafasannya agak laju.

"Bagaimanapun keadaannya hari ini beransur pulih. Sementara itu, seorang bayi tiga bulan yang di rawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) turut menunjukkan perubahan positif apabila berat badan mulai meningkat," katanya ketika hadir Majlis Hari Raya di Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK) Bukit Sireh, hari ini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Latihan Risda Ibu pejabat,Kuala Lumpur, Amran Mohamad, Pengetua IKPK, Mohd Farid Mohd Nor dan Pegawai Risda Jajahan, Mohd Sulaimi Mohd Nor.

Beliau berkata pihak hospital terus memantau pesakit orang asli yang masih dirawat di hospital berkenaan.

"Sehingga kini kita masih hadkan orang ramai melawat pesakit bagi mengelak kes merebak," katanya.

Artikel Berkaitan: