Saya belum tunang atau kahwin: Iqbal Iqnada

Penyanyi, Iqbal Iqnada
Penyanyi, Iqbal Iqnada
A
A
A

PENYANYI remaja, Iqbal Iqnada, 20, tampil membuat pengakuan dia masih berstatus bujang menerusi Instagram Live sebentar tadi.

Naib Juara Ceria Pop Star 2014 itu membuat penjelasan selepas empat jam perkongsian gambar bersama seorang remaja perempuan dimuat naik.

“Assalamualaikum semua, sebenarnya saya datang ke majlis orang kahwin... Bukannya saya bertunang ataupun berkahwin. Ramai salah faham ni, saya masih single.

“Saya terpaksa memuatnaik dulu gambar itu dengan kapsyen ringkas tanpa fikir panjang. Tapi bila tengok balik saya terkejut juga ramai bertanya menerusi direct message dan dihujani komen tahniah,” ujarnya tersenyum.

Tambah Iqbal, ada juga peminatnya yang menangis apabila melihat gambar dengan kapsyen mengundang pelbagai andaian netizen.

Tinjauan Sinar Harian, rata-rata peminat Ceria Megastar 2018 itu beranggapan Iqbal sudah mengikat tali pertunangan dan tidak kurang mengucapkan tahniah.

Tambah menguatkan andaian netizen apabila bekas guru vokal Iqbal, Mark Adam turut tampil di ruang komen dengan ucapan sama.

“Selamat pengantin baru bro,” komen Mark yang mungkin bergurau.

Artikel Berkaitan:

Setakat artikel ini ditulis, gambar Iqbal bersama perempuan sambil memegang sejambak bunga telah menarik hampir 14,000 netizen.