Aaron-Wooi Yik naib juara Terbuka Indonesia

Aaron (kiri) dan Wooi Yik bersama Satwiksairaj-Chirag (kanan) selepas perlawanan akhir beregu lelaki badminton Terbuka Indonesia di Jakarta pada Ahad. - Foto AFP
Aaron (kiri) dan Wooi Yik bersama Satwiksairaj-Chirag (kanan) selepas perlawanan akhir beregu lelaki badminton Terbuka Indonesia di Jakarta pada Ahad. - Foto AFP
A
A
A

HASRAT pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menamatkan kemarau gelaran pada Terbuka Indonesia selepas kali terakhir dinobatkan juara di Kejohanan Dunia di Tokyo, Ogos lalu tidak kesampaian pada Ahad.

Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan kedua kejohanan tewas kepada gandingan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di Istora Senayan, Jakarta.

Aksi set pertama gandingan negara bermula baik apabila mendahului 7-3 sebelum beregu lawan mengutip mata demi mata untuk menang 21-17.

Set kedua menyaksikan kedua-dua beregu lebih garang apabila saling bertukar mata sebelum Rankireddy-Shetty menoktahkan kemenangan 21-18.

Sebagai rekod, gandingan Zakry Latif dan Fairuzizuan Tazari merupakan beregu lelaki terakhir negara menjuarai Terbuka Indonesia selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Mohammad Ahsan-Bona Septano 21-12, 21-12, pada edisi 2008.