Agong berangkat ke majlis perjumpaan bekas pelajar Sekolah St Thomas

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan beramah mesra bersama guru-guru yang pernah mengajar baginda (dari kiri) Tan Kat Seng, Arulnandy Subramaniam, Chiew Seng Van dan Anzani Danapaul pada Majlis Tea Party Sekolah St Thomas Alumni di Istana Negara hari ini. - FOTO BERNAMA

A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat ke majlis perjumpaan bekas pelajar Sekolah St Thomas Tahun 1969 di Istana Negara, di sini.

Majlis hi-tea itu dihadiri oleh kira-kira 70 tetamu termasuk bekas rakan sekelas Sultan Abdullah dan isteri masing-masing serta bekas guru kelas baginda.

Dalam titah ucapan alu-aluan, Sultan Abdullah bertitah walaupun baginda kini adalah Yang di-Pertuan Agong, baginda masih mengingati rakan-rakannya dan sentiasa terkenang detik-detik indah bersama mereka ketika menuntut di sekolah rendah dan menengah St Thomas.

"Anda mungkin melihat saya di kaca televisyen atau di mana-mana tempat lain sebagai Yang di-Pertuan Agong, tetapi saya sentiasa mengingati anda. Mana boleh saya lupa, saya sentiasa menghargai detik-detik itu. Kita mungkin tidak mempunyai sahabat sejati tetapi sudah cukup baik, setiap orang menghargai persahabatan ini.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru saya atas pendidikan dan bimbingan yang diberikan kepada saya," titah baginda.

Sultan Abdullah bertitah bahawa walaupun mengalas tanggungjawab baharu, baginda masih orang yang sama dan tidak pernah melupakan nasib rakyat, terutama golongan yang memerlukan dan akan sedaya upaya cuba untuk membantu mereka. -Bernama

Artikel Berkaitan: