Rasuah: Pegawai Kanan TH dibebaskan

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Pegawai pengurusan kanan Tabung Haji bergelar 'Datuk' yang direman empat hari sejak Rabu dibebaskan selepas tempoh tahanan reman berakhir hari ini.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membebaskan pegawai pengurusan kanan itu kira-kira jam 10 pagi tadi.

Pegawai pengurusan kanan itu sebelum ini direman bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan kes rasuah berbentuk pengubahsuaian rumah bernilai RM400,000.

Dia dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain perlu menyerahkan pasport kepada SPRM.

Sebelum ini dilaporkan, suspek dikatakan menerima rasuah berbentuk pengubahsuaian rumah berjumlah RM400,000 sebagai balasan memberi projek kerja-kerja penjenamaan semula pejabat cawangan Tabung Haji kepada syarikat kontraktor melibatkan kos RM15 juta.

Suspek dipanggil untuk memberi keterangan dan ditahan pada pukul 8.35 malam pada Selasa (18 Dis) di ibu pejabat SPRM.

Lembaga Tabung Haji pada 30 Nov lalu membuat laporan polis berhubung penyalahgunaan wang dana jemaah haji dan salah nyata dalam perjanjian korporat.

Artikel Berkaitan: