Duterte naik angin, ancam penjarakan lawan

Duterte berang apabila dituduh berlembut dengan China oleh pengkritiknya.
Duterte berang apabila dituduh berlembut dengan China oleh pengkritiknya.
A
A
A

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mencetuskan kontroversi baharu apabila mengancam akan memenjarakan lawan yang cuba mencabarnya.

Tindakan terbaru itu disifatkan pegawai tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan perundangan Asia minggu ini sebagai pola penganiayaan dan serangan terhadap kebebasan bersuara.

Duterte meluahkan kemarahannya semalam di tengah perhatian media dan tuduhan beliau berpihak kepada China selepas Beijing menenggelamkan kapal nelayan Filipina dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Manila pada 9 Jun lalu.

Pemimpin itu menyokong kenyataan Beijing bahawa ia adalah satu kemalangan, bukan rempuhan disengajakan dan membiarkan kehadiran nelayan Cina di dalam EEZ Filipina atas dasar persahabatan.

Langkah Duterte itu mengundang kecaman daripada beberapa hakim dan bekas Menteri Luar.

“Cabar saya jika berani. Saya akan penjarakan mereka semua,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Presiden, Salvador Panelo berkata, Duterte mengeluarkan kenyataan tersebut dalam keadaan marah kerana terlalu kecewa dituduh berlembut dengan China.

“Dia tidak faham mengapa orang menentang dasarnya,” kata Panelo kepada wartawan. - Reuters

Artikel Berkaitan: