X

Kindly register in order to view this article
!

Bekalan air di Petaling pulih sepenuhnya 6 pagi esok

Abdul Raof
A
A

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air melibatkan kawasan di wilayah Petaling sejak Rabu lalu dijangka akan pulih sepenuhnya jam 6 pagi esok.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, ketika ini peratusan pemulihan di kawasan terjejas termasuk Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mencapai tahap 96 peratus.

Menurutnya, di Sepang gangguan bekalan air berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih yang menyebabkan hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih telah mencapai tahap pemulihan 99 peratus melibatkan 98 kawasan.

Katanya, bekalan di daerah itu dijangka pulih sepenuhnya jam 6 petang ini.

"Bagi kawasan Kuala Langat gangguan bekalan pulih hampir 95 peratus membabitkan 83 kawasan dan akan pulih sepenuhnya jam 8 malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Alat pengesan pencemaran sungai diperluaskan: MB Selangor

"Kawasan Hulu Langat pula sudah mencapai tahap 94 peratus pemulihan bekalan melibatkan 223 kawasan dan akan pulih sepenuhnya jam 6 petang ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hanya gangguan bekalan air melibatkan kawasan di Petaling dijangka akan pulih sepenuhnya jam 6 pagi esok.

Katanya, segala usaha diambil termasuk meningkatkan tekanan dan aliran di sistem agihan bagi mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan kawasan terjejas.

"Bantuan lori tangki air masih terus digerakkan dan pusat khidmat setempat masih beroperasi bagi menyalurkan bantuan hingga bekalan pulih sepenuhnya.

"Pengguna diminta merujuk ke laman sesawang www.syabas.com.my, aplikasi telefon bimbit Air Selangor, Facebook dan Twitter Air Selangor untuk maklumat dan status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!