Polis Israel tembak mati pemuda Palestin

Polis Israel menahan penduduk Palestin di kawasan kejiranan al-Issawiya.di Timur Baitulmaqdis.
Polis Israel menahan penduduk Palestin di kawasan kejiranan al-Issawiya.di Timur Baitulmaqdis.
A
A
A

BAITULMAQDIS - Polis Israel menembak mati seorang pemuda Palestin di Baitulmaqdis Timur semalam.

Sumber tempatan berkata, pembunuhan itu berlaku di kawasan kejiranan al-Issawiya ketika penduduk tempatan berhimpun membantah tindakan polis Israel menceroboh perkampungan tersebut.

Mangsa dikenali sebagai Mohammad Samir Ebeid, 20.

Sumber menambah, empat lagi penduduk Palestin cedera dalam kejadian itu.

Difahamkan, Ebeid pernah ditahan di penjara Israel. - Agensi

Artikel Berkaitan: