Sila log masuk terlebih dahulu.

Bekas tentera didenda RM20,000 tembak mati kucing

A
A
A

BERITA SEMASA 22 JUN 2023

Seorang bekas tentera didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Melaka, pada Khamis kerana menembak seekor kucing hingga mati milik jirannya, menggunakan senapang angin, pada Jun tahun lalu, lapor Wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Aziz Tambi dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing milik Amran Majid dengan cara menembak kucing tersebut menggunakan selaras senapang angin.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan di sebuah rumah di Lorong Mat Lajis, Bukit Rambai, lebih kurang jam 2.30 petang pada 18 Jun tahun lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/264768/berita/semasa/bekas-tentera-didenda-rm20000-tembak-mati-kucing

Muzik: www.bensound.com