Serangan udara di Yaman ragut sembilan nyawa

Situasi semasa di Hudaydah.
Situasi semasa di Hudaydah.
A
A
A
SANAA - YAMAN. Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam serangan udara tebaru Arab Saudi di barat Yaman, semalam.

Serangan menyasarkan kawasan awam di bandar pelabuhan strategik Hudaydah.

Menurut rangkaian televisyen al-Masirah, jet Arab Saudi mengebom sebuah bangunan kediaman di daerah Hali di bandar Laut Merah, membunuh tiga wanita dan mencederakan tiga yang lain.

Serangan udara itu berlaku sejurus selepas empat serangan udara di sebuah perkampungan berhampiran yang menyaksikan enam.orang terbunuh. - Press TV
Artikel Berkaitan: