Dua terbunuh pesawat terbabas di Siberia

Pesawat kecil An-24 milik syarikat penerbangan Angara terbabas daripada landasan dan merempuh sebuah bangunan kecil.
Pesawat kecil An-24 milik syarikat penerbangan Angara terbabas daripada landasan dan merempuh sebuah bangunan kecil.
A
A
A

MOSCOW - Sebuah pesawat terbabas daripada landasan sebelum merempuh dinding bangunan dan terbakar dalam kejadian di sebuah lapangan terbang di Siberia hari ini.

Ketika kejadian, pesawat kecil An-24 dikatakan cuba melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan terbang Nizhneangarsk.

Nahas menyebabkan dua anak kapal terbunuh, manakala 43 penumpang termasuk seorang kanak-kanak terselamat tanpa mengalami kecederaan serius.

Sementara itu, jurucakap penyiasat pengangkutan Siberia Timur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya kini menyiasat sama ada pesawat milik syarikat penerbangan Angara itu melanggar peraturan keselamatan udara. - AFP

Artikel Berkaitan: