39 warga asing ditahan dalam Ops Selera

Pekerja asing tanpa dokumen sah bekerja di kedai makan. - Foto ihsan imigresen
Pekerja asing tanpa dokumen sah bekerja di kedai makan. - Foto ihsan imigresen
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 39 warga asing yang bekerja sebagai pelayan tetamu, tukang masak dan tukang cuci di premis perniagaan di sekitar Setia Alam di sini ditahan dalam Ops Selera tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia, Mohamad Fauzi Md Isa berkata, semua yang ditahan tidak mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah untuk bekerja di premis tersebut dan terdapat beberapa warga asing menyalahgunakan pas lawatan sosial yang sedia ada.

Menurutnya, mereka juga dikenal pasti tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.

"Semasa serbuan terdapat beberapa pekerja warga asing sedang bekerja di dalam premis tersebut.

"Hasil pemeriksaan mendapati warga asing bekerja di premis tersebut sebagai pelayan pelanggan, tukang masak dan tukang pencuci," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Warga asing menyalahgunakan pas dengan bekerja sebagai pelayan tetamu, tukang masak dan tukang cuci.
Warga asing menyalahgunakan pas dengan bekerja sebagai pelayan tetamu, tukang masak dan tukang cuci.

Mohamad Fauzi berkata, semakan awal mendapati pekerja-pekerja ini disediakan asrama sebagai tempat tinggal oleh pemilik premis itu dan mempunyai dua sesi waktu bekerja.

"Semasa pemeriksaan di asrama tersebut, terdapat cubaan melarikan diri oleh beberapa warga asing melalui pintu belakang dan juga melalui tingkap bangunan tetapi pergerakan tersebut telah digagalkan oleh pegawai operasi yang membuat kepungan awal sekitar bangunan.

Artikel Berkaitan:

"Kebanyakan warga asing gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah semasa pemeriksaan dilakukan," katanya.

Mohamad Fauzi menambah, mereka yang ditahan terdiri daripada 36 lelaki dan tiga wanita iaitu 12 warga India, Bangladesh (9), Myanmmar (9), Pakistan (5), Filipina (4).

Asrama yang disediakan majikan kepada pekerja warga asingnya. - Foto ihsan imigresen
Asrama yang disediakan majikan kepada pekerja warga asingnya. - Foto ihsan imigresen

"Imigresen juga mengeluarkan saman kepada penyelia, tukang masak dan juga pekerja yang berada di lokasi semasa serbuan dijalankan bagi membantu siasatan lanjut.

"Semua tahanan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk siasatan dan tindakan susulan," katanya.

Mohamad Fauzi menambah, pihaknya mengingatkan orang ramai dan majikan supaya tidak melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang.

"Orang awam yang mempunyai maklumat tentang PATI, kegiatan tidak bermoral, atau sebarang maklumat yang boleh membantu imigresen dalam melaksanakan penguatkuasaan supaya tampil menyalurkan maklumat tersebut," katanya.