Nordin Salleh Pengerusi Eksekutif baharu SKM

SKM
SKM
A
A
A

KUALA LUMPUR – Datuk Nordin Salleh yang berpengalaman dalam bidang korporat dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang baharu berkuatkuasa 1 Disember 2018.

Nordin sebelum ini pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SKM di sini, hari ini.

Anak jati Tumpat, Kelantan itu juga pernah memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Wing Teik Holding Berhad dan Sabah Shipyard Berhad.

SKM yakin berdasarkan pengalaman yang ada beliau mampu membawa perubahan kepada gerakan koperasi di negara ini dengan lebih berkesan.- Bernama

Artikel Berkaitan: