Lelaki maut dibelit ular sawa peliharaan

Jana turut membela ular tedung selain ular sawa yang membelitnya.
Jana turut membela ular tedung selain ular sawa yang membelitnya.
A
A
A

BANDUNG - Seorang lelaki temui maut selepas dipercayai dibelit ular sawa peliharaannya ketika dia sedang memandikan reptilia itu di rumahnya, di sini pada Jumaat lalu.

Tribunnews melaporkan, Jana, 42, dipercayai memandikan ular sawa peliharaannya sepanjang tiga meter di belakang rumahnya di kampung Citiru sebelum dia diserang dan dibelit haiwan berkenaan.

Isteri mangsa, Elah, 38, memberitahu mayat suaminya ditemui anaknya dalam keadaan tertiarap dan ular seberat 17 kilogram itu masuk ke dalam saluran air di belakang rumah.

Elah berkata, suaminya membela ular sebagai hobi dan selain ular sawa berkenaan, dia turut membela beberapa ekor tedung selar.

“Suami saya juga menjual ular tedung kepada penduduk yang memakan haiwan itu.

“Saya pasrah suami saya meninggal dunia kerana ular, sudah takdir,” katanya.

Artikel Berkaitan: