Polis rampas 39 bungkus air ketum, 10 botol ubat batuk

Sebanyak 39 bungkus air ketum dan 10 ubat batuk dirampas daripada seorang tukang jahit, semalam.
Sebanyak 39 bungkus air ketum dan 10 ubat batuk dirampas daripada seorang tukang jahit, semalam.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Polis merampas 39 bungkus cecair disyaki air ketum dan 10 botol ubat batuk dalam serbuan di sebuah rumah, Jalan Ketoyong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, serbuan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah kira-kira jam 11.30 malam itu turut menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang jahit berusia 30 tahun.

“Kesemua bahan bernilai RM390 itu ditemui atas lantai di rumah berkenaan. Anggota bertindak menangkap dan merampas barang terbabit.

“Siasatan mendapati suspek membeli air ketum terbabit di Sungkai sebelum disimpan di rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim untuk siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Artikel Berkaitan: