Ulamak Pas kata wajib jatuhkan PH

Nik Muhammad Zawawi - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Nik Muhammad Zawawi - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUANTAN - Dewan Ulamak Pas Pusat hari ini berpendirian wajib hukumnya bagi parti itu menjatuhkan kerajaan PH.

Ketuanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, dalam hal tersebut tidak boleh ada sebarang kekhilafan.

"Strategi politik Malaysia, tak ada satu parti politik yang boleh perintah secara individu, mesti bekerjasama dengan parti-parti lain dan Pas berdepan dengan PH, hukumnya wajib menjatuhkan kerajaan sedia ada ketika ini. Hukumnya wajib.

"Perkara ini kita jangan khilaf. Kita bergerak ke hadapan dan jangan banyak toleh ke belakang," katanya dalam ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-65 di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, meskipun Pas terbuka untuk bertahaluf dan bertaawun dengan mana-mana parti, mereka tetap menolak kerjasama dengan Amanah dan DAP.

"Saf kepimpinan telah jelaskan apabila membincangkan isu tahaluf dan taawun, kita sebagai gerakan Islam kena kerjasama dengan parti-parti lain. Tapi dengan siapa kita nak taahaluf? Adakah kita nak taahaluf dengan Amanah dan DAP?

"Kita masih ada lagi rakan-rakan yang lain. Kita ucap terima kasih kepada parti-parti yang menjadi parti tunggak kepada kaum di negara ini yang mula mendekati dan memahami perjuangan Pas," katanya,

Dalam pada itu, katanya, Dewan Ulamak juga akan mengadakan lebih banyak program dengan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) bagi mewujudkan persefahaman yang baik antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Artikel Berkaitan:

"Kita mahu supaya semua pihak nampak Islam ini rahmatan lil alamin yang sebenar. Bukannya rahmatan lil alamin yang disebut ulama pengampu dalam PH yang menggunakan konsep ini untuk mereka boleh bertindak apa saja," katanya.