Mayat guru hilang lebih 16 tahun ditemukan

Mayat guru terbabit ditanam di trek larian di sekolah tersebut.
A
A

BEIJING - Mayat guru yang hilang lebih 16 tahun lalu di China akhirnya ditemukan pada Khamis lalu.

Mangsa, Deng Shiping didakwa enggan meluluskan pembinaan pusat kemudahan sukan baharu di Xinhuang Middle School kerana ia tidak dibina dengan baik.

Seorang lelaki, Du Shaoping yang terlibat dengan projek pembinaan itu dilaporkan mengaku membunuh dan menanam mayat Deng di kawasan trek larian sekolah itu pada Januari 2003.

Menurut polis di bandar Huaihua, seramai enam lelaki turut diberkas bersama suspek terbabit.

Sementara itu, anak lelaki mangsa memberitahu bapanya telah ditugaskan untuk mengawasi projek pembinaan kemudahan sukan terbabit.

Dia kemudiannya membuat aduan terhadap Shaoping yang didakwa turut menggelapkan dana dan mengurangkan bahan binaan projek itu. - Agensi