Sanggup tinggal bayi elak dicekup

Bayi lelaki yang ditinggalkan oleh penjaganya di celah kenderaan semasa operasi Ops Bersepadu di sekitar Kuala Lumpur kelmarin.
Bayi lelaki yang ditinggalkan oleh penjaganya di celah kenderaan semasa operasi Ops Bersepadu di sekitar Kuala Lumpur kelmarin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang bayi lelaki berusia setahun ditinggalkan penjaga warga Afrika di celah kenderaan gara-gara mahu menyelamatkan diri daripada dicekup pihak berkuasa.

Tindakan warga Afrika yang berjaya meloloskan diri itu antara insiden mencuri tumpuan dalam serbuan Ops Bersepadu oleh imigresen di Taman Wangsa Permai dan Taman Sri Bahagia Cheras di sini semalam.

Bayi itu ditinggalkan dalam keadaan sedang teresak-esak menangis dan disedari pasukan operasi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, dalam serbuan tersebut seramai 48 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

Katanya, berdasarkan semakan, seramai 36 daripada PATI tersebut ialah warga Nigeria yang mana lima daripada kanak-kanak.

"Selebihnya adalah Pakistan (2), Thailand (2) dan Myanmar (8). Turut ditahan adalah seorang lelaki tempatan disyaki majikan.

"Tangkapan ini hasil pemeriksaan terhadap seramai 83 orang hasil operasi yang tamat sehingga jam 4 pagi," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Hamidi berkata, pihaknya juga berdepan kesulitan apabila ada antara warga Nigeria ini enggan memberi kerjasama hingga memaksa pasukan serbuan menggunakan khidmat bomba untuk memotong pagar.

Artikel Berkaitan:

Katanya, malah, ada juga antara mereka nekad terjun dari pangsapuri untuk meloloskan diri hingga patah kaki.

"Antara kesalahan yang dikesan adalah tidak memiliki dokumen yang sah, tinggal lebih masa dan pas lawatan sosial tamat tempoh," katanya.