Lelaki ditemukan mati dalam keadaan tergantung pada pokok


Anggota bomba sedang mendapatkan maklumat daripada penduduk.
Anggota bomba sedang mendapatkan maklumat daripada penduduk.
A
A
A

BALING - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki berusia 29 tahun ditemukan mati dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok selepas dilaporkan dua hari tidak pulang ke rumah di Kampung Charok Gorok, hari ini.

Penolong Penguasa Bomba Ketua Balai Baling, Mohd Jamil Mat Daud berkata, lelaki berkenaan keluar pada jam 6.30 petang pada 20 Jun untuk mencari kayu api di kawasan bukit berhampiran rumah.

Menurutnya, pihak bomba yang menerima maklumat berhubung kehilangan mangsa pagi tadi segera melakukan pencarian bersama polis di hutan kawasan berhampiran rumah mangsa.

"Mangsa telah dijumpai oleh orang awam pada jam 11.51 pagi. Anggota bomba membantu menurunkan mayat mangsa yang ditemui tergantung di pokok hutan berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan: