Ajak Nabila ke rumah Amy, netizen puji Erma Fatima

ERMA FATIMA. Foto: INSTAGRAM
ERMA FATIMA. Foto: INSTAGRAM
A
A
A

BIARPUN hanya menerusi sepotong video yang memaparkan aktres, Nabila Huda memberi duit raya kepada penerbit dan pengarah, Erma Fatima, namun individu yang cukup dikenali dengan jenama Mak Cun itu telah dipuji ramai.

Ini kerana di dalam video berkenaan jelas kelihatan bapa Nabila, Amy Search dan Erma juga terlebih dahulu telah berkongsi video beliau beraya di rumah Amy.

Umum mengetahui hubungan Nabila, Amy dan ibu tirinya, Norish sudah berantakan sejak beberapa tahun lalu dan pelakon itu sendiri ada meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap posting Norish yang dikatakan seolah-olah mengeruhkan keadaan dan menyindirnya.

No Image Caption

Bagaimanapun tampaknya, hubungan mereka telah kembali pulih dan Nabila juga pada ruangan komen telah mengucapkan terima kasih kepada Erma kerana menunaikan hajatnya.

"Love you mama (Erma)! Terima kasih sebab akhirnya hajat tercapai.. Kira kan you hebat tau, hanya dgn satu panggilan, I terus muncul..I am so happy now!!" tulis Nabila.

Komen tersebut telah dibalas oleh adik Erma iaitu Datin Seri Umie Aida yang menerangkan sikap sebenar kakaknya itu.

"Nabila, itulah Erma Fatima... Hati dia sangat baik. Usaha murni yang dia buat untuk awak dan ayah awak. Alhamdulillah," komennya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, rata-rata pengikut, baik di Instagram Erma mahupun Nabila telah memuji tindakan Erma dan berasa terharu melihat Nabila melembutkan hati hadir ke rumah bapanya setelah sekian lama tidak berbuat demikian.