Gadis 'manja' peneman karaoke dicekup

Antara wanita warta asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pub di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, malam tadi.
Antara wanita warta asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pub di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gadis 'manja' yang dibayar untuk dijadikan teman berkaraoke yang ditawarkan di sebuah pub terletak di Jalan Kuchai Lama, di sini, digempur pihak berkuasa.

Kegiatan haram itu dibongkar Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, dalam serbuan kira-kira jam 9.10 malam tadi.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Rohazah Alwi berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, pihaknya mendapati premis terbabit beroperasi dengan menggajikan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing.

Menurutnya, operasi Ops Noda ini berjaya menahan 11 wanita warga Vietnam disyaki GRO berusia lingkungan 18 hingga 35 tahun.

Sebahagian peralatan audio yang dirampas dalam serbuan di sebuah pub di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, malam tadi.
Sebahagian peralatan audio yang dirampas dalam serbuan di sebuah pub di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, malam tadi.

"Turut ditahan adalah seorang lelaki tempatan merupakan pengurus premis.

"Operasi ini kemudian bertindak merampas beberapa peralatan audio, resit perniagaan serta wang tunai," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Rohazah berkata, selain itu, seramai 15 pengunjung warga tempatan termasuk seorang wanita turut menjalani proses semakan rekod. Bagaimanapun, kesemua mereka dibebaskan selepas didapati tiada sebarang rekod jenayah dimiliki.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Rohazah mendedahkan, premis tidak berlesen ini kerap tutup dan kali terakhir diserbu pada 28 Februari lalu.

"Kita percaya premis ini beroperasi dengan menawarkan khidmat GRO warga asing sebagai teman minum dan menyanyi bersama pelanggan dengan perolehan tip sebanyak RM100 sehari," katanya.

Tegasnya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1963 dan Seksyen 4 Akta Hiburan Wilayah Persekutuan.