UMNO akan kemuka hujah di mahkamah buktikan wang milik parti

 Mohamad ketika ditemui media di Muktamar Tahunan Pas ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota, di sini, hari ini. -FOTO ASRILL ASWANDI SHUKOR
Mohamad ketika ditemui media di Muktamar Tahunan Pas ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota, di sini, hari ini. -FOTO ASRILL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUANTAN - UMNO akan berhujah di mahkamah membuktikan wang yang dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah milik sah parti itu bukannya suntikan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, SPRM hanya menjalankan prosedur undang-undang dan UMNO pula akan mengemukakan hujah mengapa wang itu perlu dipulangkan semula kepada parti.

"Peguam UMNO sudah menghantar surat kepada SPRM untuk pulangkan duit berdasarkan alasan-alasan tertentu dan surat itu nanti akan dikemukakan sebagai hujah dalam mahkamah apabila cukup tempoh satu tahun.

"Bila sampai tempoh satu tahun dan mahkamah akan memutuskan, bermaksud dua-dua pihak akan mengemukakan hujah di mahkamah jadi terpulang kepada mahkamah untuk mendengar hujah siapa yang boleh diberikan keputusan yang baik," katanya ketika ditemui media di Muktamar Tahunan Pas ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota, di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM dedah 41 penama penerima wang 1MDB

Hari ini, SPRM telah membuat permohonan lucut harta terhadap 41 responden di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, permohonan itu melibatkan nilai RM270 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Artikel Berkaitan: