TNB tukar 367,000 unit lampu PBT kepada LED

Sejumlah 212,639 unit lampu High Pressure Sodium Vapor (HPSV) lama yang majoritinya berkapasiti 150 Watt telah pun ditukar kepada lampu LED dengan kapasiti 90 Watt sejak awal 2018 sehingga 14 Jun lalu dan bakinya akan digantikan dengan lampu LED seawal Disember tahun depan.
Sejumlah 212,639 unit lampu High Pressure Sodium Vapor (HPSV) lama yang majoritinya berkapasiti 150 Watt telah pun ditukar kepada lampu LED dengan kapasiti 90 Watt sejak awal 2018 sehingga 14 Jun lalu dan bakinya akan digantikan dengan lampu LED seawal Disember tahun depan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menukar hampir 60 peratus daripada 367,000 unit lampu pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Semenanjung Malaysia kepada Light Emitting Diode (LED) yang lebih jimat tenaga, lebih rendah kos senggaraan dan mesra alam.

Sejumlah 212,639 unit lampu High Pressure Sodium Vapor (HPSV) lama yang majoritinya berkapasiti 150 Watt telah pun ditukar kepada lampu LED dengan kapasiti 90 Watt sejak awal 2018 sehingga 14 Jun lalu.

TNB melalui kenyataan medianya berkata, bakinya akan digantikan dengan lampu LED seawal Disember tahun depan.

“Penukaran lampu kepada LED ini, di bawah inisiatif Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi tempoh 2018 hingga 2020, dapat mengurangkan risiko kegagalan lampu jalan yang menggunakan HPSV daripada 15 peratus kepada kurang dari satu peratus.

“Ia dianggarkan boleh menyumbang kepada penjimatan bil elektrik antara 30 hingga 40 peratus. Penggantian lampu ini turut dapat mengurangkan perbelanjaan kos senggaraan yang mana penjimatan ini dapat digunakan bagi melaksanakan projek-projek lain yang boleh memberikan keselesaan dan kesejahteraan rakyat,” kata kenyataan itu.

TNB berkata, selain menjimatkan, lampu LED mempunyai banyak kelebihan termasuk stabil, tahan lama, kurang panas dan tiada merkuri logam yang berbahaya terhadap alam sekitar.

“IBR atau Kawal Selia Berasaskan Insentif dilaksanakan Suruhanjaya Tenaga bagi memastikan wujudnya industri bekalan tenaga elektrik yang mampan melalui pulangan telus dan adil di samping menggalakkan kecekapan maksimum,” katanya.

Artikel Berkaitan: