Bas sekolah masuk gaung, 10 pelajar orang asli cedera

Keadaan bas sekolah yang terjunam ke gaung di Jalan Utama Kampung Penderas dekat Kuala Krau, petang tadi.
Keadaan bas sekolah yang terjunam ke gaung di Jalan Utama Kampung Penderas dekat Kuala Krau, petang tadi.
A
A
A

TEMERLOH - Seramai 10 pelajar keturunan orang asli cedera selepas bas sekolah dinaiki terjunam ke gaung di Jalan Utama Kampung Penderas dekat Kuala Krau di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa terdiri pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krau dalam perjalanan pulang ke Kampung Pian dekat Kuala Krau.

Seorang mangsa, Elkyka Liew a/p Liew Meng Chong, 14, dari Kampung Pian, Kuala Krau parah dan menerima dirawat di Unit Kritikal Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, siasatan awal mendapati identiti pemandu bas belum dikenalpasti.

Menurutnya, bas berkenaan dipercayai mengalami masalah teknikal.

"Situasi itu menyebabkan bas terbalik dan menggelongsor ke dalam gaung.

"Seorang penumpang cedera parah dan dibawa ke hospital manakala penumpang lain cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Kuala Krau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, jumlah penumpang belum dikenalpasti kerana sebahagian mereka pulang ke rumah masing-masing dan tidak menerima rawatan di klinik atau hospital terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Usaha mengesan pemandu bas dan saksi kejadian diteruskan bagi membantu siasatan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya.