Penganggur disyaki peragut ditangkap

Razmi (tengah) menunjukkan gambar suspek pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang hari ini.
Razmi (tengah) menunjukkan gambar suspek pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang hari ini.
A
A
A

MARANG - Seorang lelaki yang disyaki aktif menjalankan aktiviti meragut di daerah ini sejak bulan lalu ditangkap polis di Felda Rantau Abang Dua di Jambu Bongkok di sini kelmarin.

Suspek yang juga seorang penganggur itu disyaki terlibat sekurang-kurangnya dua kes ragut yang menyasarkan wanita bermotosikal di Mercang termasuk kes terbaharu Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos berkata, modus operandi suspek ialah mengekori wanita menunggang motosikal di yang jalan sunyi sebelum melarikan barangan berharga mangsa.

"Dalam kejadian pertama jam 10.30 pagi pada 11 Mei lalu, dia disyaki melanggar motosikal yang ditunggangi seorang wanita berusia 40-an dari arah belakang sebelum meragut beg tangan mangsa.

"Mangsa yang cedera di bahagian bahu itu kerugian kira kira RM2,300 selepas dompet mengandungi wang tunai RM2,000, MyKad dan sebentuk cincin emas berada di dalam beg tangan tersebut dilarikan suspek," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian kedua pula melibatkan mangsa wanita berusia 50-an yang membonceng cucu saudaranya berusia 30-an dan cicit berumur 3 bulan pada jam 10.15 pagi Isnin lalu di Mercang.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: