Azmin pernah cadang Haziq dipecat daripada parti

Mohamed Azmin ditemui pemberita semasa menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI
Mohamed Azmin ditemui pemberita semasa menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

PUTRAJAYA - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau pernah mencadangkan kepada kepimpinan parti supaya Haziq Abdullah Abdul Aziz dipecat selepas didapati berkempen untuk Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata, malah ramai anggota parti juga meminta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu dipecat.

"Itu logik mudah. Ramai yang minta (dia dipecat). Apa lagi saya nak kata?," kata Mohamed Azmin apabila ditanya sama ada beliau ada mencadangkan kepada parti supaya Haziq dipecat ekoran video kontroversi yang mengaitkan dirinya baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin desak pucuk pimpinan PKR siasat dalang penyebar video intim

Mohamed Azmin berkata demikian ketika ditemui media semasa menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini.

Semalam, Lembaga Disiplin PKR dilaporkan memberi tempoh 14 hari kepada Haziq untuk menyerahkan surat tunjuk sebab berhubung kenyataan umumnya berkaitan video kontroversi itu.

Kontroversi video yang sebelum ini ditular menerusi aplikasi WhatsApp, menjadi lebih hangat apabila Haziq kemudiannya didakwa muncul membuat pengakuan umum mengenai perkara itu, yang disiarkan menerusi video dan dihebahkan dalam laman media sosial. - Bernama

Artikel Berkaitan: