Azmin desak pucuk pimpinan PKR siasat dalang penyebar video intim

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjawab pertanyaan media pada Majlis Sambutan Aidilfitri DUN Gombak Setia di Taman Selasih Fasa II hari ini. - Foto BERNAMA
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjawab pertanyaan media pada Majlis Sambutan Aidilfitri DUN Gombak Setia di Taman Selasih Fasa II hari ini. - Foto BERNAMA
A
A
A

GOMBAK - Timbalan Presiden Parti Keadiran Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendesak pucuk pimpinan parti supaya lebih tegas menyiasat dalang yang bertanggungjawab dalam mewujudkan kumpulan aplikasi WhatsApp berhubung penularan video intim baru-baru ini.

Katanya, langkah itu perlu diambil kerana pihak yang mewujudkan kumpulan tersebut mempunyai maklumat mengenai individu yang hendak dijadikan ahli di laman sosial berkenaan termasuk maklumat berkaitan anggota parti di peringkat cabang daripada yang rendah hingga tertinggi.

“Saya sendiri tidak mempunyai akses kepada maklumat tersebut. Persoalannya sekarang, siapa yang memberikan maklumat untuk menubuhkan kumpulan WhatsApp yang terdiri daripada mereka dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan kaitkan saya dengan video itu: Norman KRU

“Jelas sekali ia sesuatu yang amat mengejutkan dan memerlukan pucuk pimpinan parti membuat keputusan yang berani untuk menyiasatnya. Saya dimaklumkan penyebaran video itu tidak dibuat menerusi Facebook dan Instagram untuk mengelak alamat protokol internet (IP) dikesan. Jadi, kepimpinan perlu menerangkan dengan jelas perkara ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Silaturahim Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan mengenai beberapa anggota PKR menemani Haziq Abdullah Abdul Aziz iaitu lelaki yang mengaku terlibat dalam video intim dengan individu mirip menteri Kabinet, ketika dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu turut menggesa pucuk pimpinan parti supaya lebih bertegas untuk menyiasat kes berkenaan memandangkan Haziq mendapat sokongan segelintir pemimpin dan ahli parti.

Mengulas lanjut, Azmin berkata, beliau tidak akan berehat daripada jawatannya dalam kerajaan dan parti kerana menganggap tidak terbabit dengan sebarang kesalahan berkaitan penyebaran video lucah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan sama, Mohamed Azmin terus mengulangi pendirian penyebaran video intim songsang mengaitkan dirinya sebagai fitnah.

“Saya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap fitnah yang sangat kejam ini,” katanya.

Ciapan Twitter Mohamed Azmin pada 12 Jun 2014, jam 10.40 malam itu disebar kembali oleh warganet hari ini bagi membuktikan beliau sebenarnya mengenali Haziq Abdullah.