Polis berkas dua penagih

Kedua suspek ketika ditahan polis di belakang Maybank Pekan Kota Kemuning Seksyen 31 di sini.
Kedua suspek ketika ditahan polis di belakang Maybank Pekan Kota Kemuning Seksyen 31 di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Shah Alam memberkas dua individu dalam keadaan mencurigakan di belakang Maybank Pekan Kota Kemuning Seksyen 31 di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kedua suspek masing-masing berumur 28 dan 37 tahun ditahan ketika Team Task Force Samun & Ragut dari Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti IPD Shah Alam, Selangor membuat pemantauan Op Samun di lokasi tersebut.

"Semasa pemantauan dijalankan, polis melihat dua individu menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha berwarna merah dalam keadaan mencurigakan.

"Kedua suspek kemudian ditahan pihak polis dan pemeriksaan dijalankan terhadap mereka," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Katanya, pemeriksaan mendapati kedua suspek mempunyai rekod berkaitan dadah.

"Hasil pemeriksaan suspek pertama mempunyai enam rekod lampau manakala suspek kedua mempunyai 15 rekod lampau.

"Hasil pemeriksaan ujian air kencing kedua-dua suspek di dapati positif dadah jenis methapatamine," katanya.

Artikel Berkaitan: