Seorang maut, tiga parah keracunan metanol

Satu tin minuman alkohol telah rampas dari sebuah kedai. (Gambar kecil, Aidi Sham Mohammed).
Satu tin minuman alkohol telah rampas dari sebuah kedai. (Gambar kecil, Aidi Sham Mohammed).
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang lelaki warganegara Myanmar meninggal dunia, manakala tiga lagi masih mendapatkan rawatan di Unit ICU akibat mengalami keracunan metanol.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohammed, berkata, kejadian berlaku pada Isnin dan Selasa lalu, apabila Hospital Tuanku Jaafar menerima pesakit dikenali Amereca Parsad, 27, yang tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 9.03 malam.

Menurutnya, bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa mendapati punca kematian adalah tidak dapat dikenal pasti, namun simptom keracunan metanol yang disyaki ada pada mangsa diambil untuk dihantar ke jabatan kimia.

Sementara itu, dalam kes berasingan, pada Selasa lalu, Hospital Port Dickson menerima tiga pesakit lelaki termasuk seorang wanita yang tidak sedarkan diri dipercayai telah minum minuman memabukkan.

Katanya, mangsa, K.Rathika, 26, R.Sugumar, 33, dan Selvaraj Mariyappan,50, warganegara India, dipercayai telah minum minuman beralkohol sebelum tidak sedarkan diri dan masih dirawat di Unit ICU.

"Ekoran daripada itu, pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut dan mendapati kes-kes sebagaimana di atas adalah berpunca daripada minum minuman alkohol dan sejumlah premis menjual alkohol di daerah Port Dickson telah diperiksa.

"Hasil pemeriksaan telah rampas satu tin minuman alkohol dari sebuah kedai dan pejabat kesihatan daerah juga telah melaksanakan tindakan pemeriksaan di premis-premis menjual minuman alkohol, serta merampas minuman jenama tersebut," katanya.

Tambahnya siasatan dan pemantauan serta tindakan-tindakan lanjut masih diteruskan dengan kerjasama semua pihak.

Artikel Berkaitan:

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 273 Kanun Keseksaan dan Seksyen 304A Kanun Keseksaan.