Warga Myanmar direman 7 hari bantu siasatan kes lambung bayi

Warga Myanmar direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ampang.
Warga Myanmar direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ampang.
A
A
A

AMPANG - Seorang warga Myanmar direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi dua tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat terkena kipas.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Noor Azmi Yusof memberitahu pemberita, perintah reman bermula hari ini sehingga 25 Jun ini bagi meneruskan siasatan ke atas lelaki berusia 25 tahun itu yang ditahan semalam.

Menurutnya kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas bapa mangsa membuat laporan polis susulan insiden yang juga warga Myanmar berhubung kejadian menimpa anaknya.

"Pengadu berada di Butterworth atas urusan kerja sejak tiga bulan lalu manakala kejadian berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Tasik Tambahan, di sini, kelmarin," ujarnya.

Noor Azmi berkata hasil temubual polis bersama isteri pengadu memaklumkan anak saudara lelakinya yang juga warganegara Myanmar bermain dengan mangsa telah melambung mangsa yang sedang menagis.

"Mangsa terkena kipas sriling menyebabkan kecederaan di bahagian kepala mangsa.

Ibu mangsa bersama abangnya telah membawa mangsa ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan namun keesokannya pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan bedah siasat," jelasnya.

Tambah beliau hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa mengalami 'severe head injury due to blunt trauma.

Artikel Berkaitan:

Noor Azmi berkata siasatan telah dijalankan oleh pihak polis di tempat kejadian iaitu bahagian dapur sebuah rumah teres dua tingkat di Tasik Tambahan Ampang, Ampang, Selangor.

"Bertindak atas maklumat, polis telah membuat tangkapan ke atas lelaki warganegara Myanmar berumur 25 tahun di perkarangan IPD Ampang Jaya," katanya.

ARTIKAL BERKAITAN: Budak dua tahun maut terkena kipas syiling