Budak dua tahun maut terkena kipas syiling

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar maut selepas terkena kipas siling ketika bermain bersama bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah di Tasik Tambahan Ampang, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam Ahad itu, bapa saudara mangsa dipercayai telah melambung kanak-kanak berusia dua tahun berkenaan menyebabkan kepalanya terkena kipas siling dan cedera.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata akibat kecederaan di kepala, mangsa dibawa ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada Isnin lepas.

“Hasil bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian disebabkan kecederaan teruk di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bapa saudara mangsa berusia 25 tahun itu telah ditahan kira-kira 1.15 tengah hari semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: