Anak Mat Sabu diikat jamin RM3,000

Kamarulzaman Mamat sahkan anak kepada Menteri Pertahanan, Mohammad Sabu, Ahmad Saiful Islam akan dibicara Julai ini. - Foto Astro Awani/ FAREZ AZMAN
A
A

KUALA LUMPUR - Anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur Khamis lalu dan dibebaskan selepas diberi ikat jamin RM3,000.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, tertuduh kini sedang menunggu masa untuk dibicarakan.

“Pihak pendakwa raya sudah menuduhnya pada 13 Jun lalu dan diberi ikat jamin sebanyak RM3,000 oleh mahkamah," katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Pada 6 Januari lalu, Anak ketiga Mohamad, Ahmad Saiful Islam, 31 dan seorang lagi rakannya ditahan selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan di tingkat 12 sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur.

Mereka ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada 12.30 tengah malam.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia