Pengakuan maksiat tanpa dikawal boleh punahkan negara

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjawab soalan pemberita pada sidang media selepas Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kali Ke-60 bermula hari ini. -Foto Sinar Harian Asril Aswandi Shukor.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjawab soalan pemberita pada sidang media selepas Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kali Ke-60 bermula hari ini. -Foto Sinar Harian Asril Aswandi Shukor.
A
A
A

KUANTAN – Pas mengeluarkan amaran negara akan ‘punah’ sekiranya membudayakan sesiapa sahaja membuat pengakuan maksiat tanpa dikawal.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekiranya amalan pengakuan maksiat ini tidak dibendung, tidak mustahil akan muncul pula individu lain yang mengaku melakukan perkara yang dianggap jijik pada masa akan datang.

Katanya, Pas telah mengambil pendirian bahawa parti itu tidak campur tangan dalam isu video yang sedang tular kerana ia dianggap jijik.

“Kalau kita biarkan budaya masing-masing isytihar saya buat dengan orang tu orang ni, akan ‘punah’ negara ni.

“Yang mengaku itu mesti dihukum sebab dia memang dah sah. Kalau yang mengaku kita tak beri perhatian, kita fokus pada mangsa yang dituduh, saya bimbang satu masa nanti akan muncul pula orang lain mengaku buat benda ni, buat benda itu. Sebab itu Islam yang mengaku mesti dihukum,” katanya pada sidang media selepas perasmian Muktamar Pemuda Pas ke-60, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hentikan politik kotor: Asyraf Wajdi

Tuan Ibrahim menjelaskan, Islam mengajar bahawa tidak boleh membuat tuduhan tanpa ada saksi dan Islam melihat bahawa orang yang mengaku melakukan kemungkaran mesti dihukum.

“Dalam Islam ada dua. Ini yang ALLAH SWT ajar. Pertama kalau kita nak tuduh mesti ada saksi empat orang. Kalau tak ada saksi, pengakuan. Pengakuan dalam Islam ada dua. Sama ada pengakuan orang terlibat atau penyaksian.

Artikel Berkaitan:

“Penyaksian susah...banyak kes berlaku (mangsa) mengaku. Jadi pengakuan itu diterima,” jelas Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Tambah beliau, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, hudud ditolak jika ada keraguan.

Oleh itu, apabila ada keraguan tidak boleh jatuh hukum, maka, perkara itu perlu diserahkan kepada mahkamah.