Hentikan politik kotor: Asyraf Wajdi

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Ke-60 di Pusat Konvensyen, Bukit Gambang Resort City (BGRC) hari ini.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Ke-60 di Pusat Konvensyen, Bukit Gambang Resort City (BGRC) hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu memberhentikan politik kotor dengan menuduh pembangkang menjadi dalang penyebaran video intim mirip seorang menteri kanan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana UMNO dan Pas tidak pernah terlibat dengan penyebaran video terbabit, sebaliknya ia didakwa didalangi individu dalam parti itu.

“Kerajaan PH pada hari ini kena hentikan politik sesama sendiri tang begitu kotor.

“Tumpukan kepada soal rakyat dan kesengsaraan mereka (rakyat) lantaran ekonomi negara parah, kos sara hidup teruk... mereka tidak nampak manfaat serta kebaikan setelah kerajaan berkuasa,” katanya ketika ditemui selepas berakhirnya majlis perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Ke-60 di Pusat Konvensyen, Bukit Gambang Resort City (BGRC) hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengatakan keyakinan bahawa kontroversi klip video intim yang didakwa melibatkan dirinya didalangi orang dalam parti.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, kerajaan PH dilihat terlalu negatif kerana penyebaran video itu merosakkan imej dan maruah negara.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya yakin kerja orang dalam'

Jelasnya, dalam konteks ini Pemuda UMNO dan Pas sepakat untuk tidak mengheret isu sebegini dalam kancah politik kotor dan tidak bermaruah.

Artikel Berkaitan:

“Kita mengutuk sekerasnya permainan politik picisan yang tidak menguntungkan rakyat dan negara,” katanya.