Gelaran 'Miami Beach' tidak sesuai dengan identiti Terengganu

Papan tanda 'Miami Beach' yang diletakkan di tepi jalan di kawasan pantai itu.
Papan tanda 'Miami Beach' yang diletakkan di tepi jalan di kawasan pantai itu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Gelaran 'Miami Beach' yang diberikan bagi lokasi peranginan di Pantai Hulu Takir, Kuala Nerus yang terletak di sepanjang laluan menghala ke jambatan angkat (drawbridge) dilihat tidak sesuai kerana ia bukan menggambarkan identiti Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman berkata, gelaran itu diberikan oleh pengguna media sosial yang melihat rupa bentuk kawasan itu menyerupai pantai Miami di Florida, Amerika Syarikat.

"Mungkin individu yang memberikan gelaran tersebut kerana melihat kawasan itu mirip dengan lokasi peranginan di sana. Namun, nama itu bukan yang diperakui oleh kerajaan negeri. Kita tak 'endorse' pun nama tu.

"Setakat ini kita belum ada cadangan lagi bagi nama baharu untuk kawasan peranginan itu. Kalau diikutkan, nama bagi kawasan itu ialah Pantai Hulu Takir.

"Jadi, kita galakkan mungkin ia lebih sesuai menggunakan gelaran nama asal berbanding nama kawasan peranginan di tempat lain," katanya.

Ariffin Deraman
Ariffin Deraman

Beliau berkata demikian bagi mengulas polemik di media sosial mengenai status yang dimuat naik seorang pengguna laman sosial Facebook, yang mempertikaikan gelaran 'Miami Beach' bagi pantai itu.

Status yang dimuat naik semalam mendapat perhatian pengguna laman sosial itu sehingga mencetus pelbagai pendapat berhubung gelaran nama yang diberikan.

Artikel Berkaitan:

Pusat rekreasi di Seberang Takir yang menjadi tarikan pelancongan baharu di itu kini semakin mendapat perhatian pengunjung termasuk pelancong dari luar Terengganu yang singgah untuk merakam gambar dan mengabadikan kenangan di situ.

Lebih menarik, latar belakang jambatan angkat juga boleh dilihat dengan jelas dari kawasan pantai yang sudah semestinya menjadi 'bonus' dan tambahan terhadap daya penarik di kawasan itu.

ARTIKEL BERKAITAN 'Miami Beach' Seberang Takir dicemari...