21 kes gagal letak tanda harga warna

Sebanyak 667 premis sekitar Perlis diperiksa sepanjang Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2019.
Sebanyak 667 premis sekitar Perlis diperiksa sepanjang Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2019.
A
A
A

PERLIS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis mengenal pasti 21 kes gagal meletakkan tanda harga warna merah jambu pada barang kawalan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNHEP Perlis, Mohamad Amir Abdullah berkata, kesalahan itu membabitkan kompaun bernilai RM3,050.

Menurutnya, sebanyak 667 premis telah diperiksa, sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMHRP) 2019.

"Tempoh pelaksanaan dijalankan selama 30 hari bermula 21 Mei hingga 19 Jun 2019 dengan menetapkan harga maksimum terhadap 27 barangan dikawal," katanya melalui satu kenyataan media.

Menurutnya, bagi tempoh tersebut, tiada aduan diterima berkaitan isu kekurangan bekalan, penjualan barang kawalan melebihi harga maksimum dan gagal meletakkan tanda harga.

Beliau berkata, KPDNHEP akan terus menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga patuh kepada undang-undang ditetapkan bagi melindungi kepentingan pengguna.

"Sebarang aduan atau pertanyaan boleh disalurkan ke talian 04-9795000 atau eaduan.kpdnhep.gov.my atau WhatsApp Aduan KPDNHEP melalui 019-2794317," katanya.

Artikel Berkaitan: