Penganggur curi wang simpanan ibu

Seorang penggangur mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan mengeluarkan wang simpanan milik ibunya tanpa kebenaran sejak November tahun lalu.
Seorang penggangur mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan mengeluarkan wang simpanan milik ibunya tanpa kebenaran sejak November tahun lalu.
A
A
A

KUANTAN - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini atas enam pertuduhan mengeluarkan wang simpanan milik ibunya tanpa kebenaran sejak November tahun lalu.

Tertuduh, Wan Amirul Naaim Wan Ibrahim, 29, dari Indera Mahkota, di sini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut kertas pertuduhan,tertuduh didakwa telah melakukan enam capaian tanpa kuasa dengan menggunakan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Rakyat.

Dia yang mengeluarkan wang yang keseluruhan berjumlah RM10,500 milik Jamaliah Abd Jalil, 59, tanpa kebenaran itu melakukan kesalahan itu dari tempoh 4 November 2018 hingga 1 Januari lalu di mesin ATM Bank Rakyat di Indera Mahkota dan Mahkota Square.

Bagi kesalahan tersebut tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM150,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Shuhada Tuan Mamat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh merayu kepada pihak mahkamah supaya jumlah jaminannya dikurangkan disebabkan dia tidak bekerja dan mempunyai isteri serta dua anak.

Siti Aminah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan tarikh 22 Julai depan untuk sebutan semula.

Artikel Berkaitan: