X

Kindly register in order to view this article
!

3 penyakit lelaki suka pendam sendiri

LELAKI kerap mengalami masalah depresi atau kemurungan.
A
A

BERBINCANG mengenai topik sensitif khususnya perihal kesihatan bukan perkara mudah bagi golongan lelaki.

Perasaan malu dan suka berahsia mendorong mereka memendam sendirian meskipun kesakitan yang dialami amat memeritkan.

Baru-baru ini, The Detroit News menyenaraikan tiga masalah kesihatan lelaki yang memerlukan rawatan segera dan rundingan bersama doktor.

1) Depresi

Depresi atau kemurungan merupakan penyakit kesihatan mental utama dialami kelompok lelaki.

Majoriti mereka yang mengalami masalah berkenaan disebabkan berdepan masalah keluarga dan kewangan,kesukaran di tempat kerja, gagal mengawal stres dan tidak mendapat sokongan emosi daripada individu sekeliling.

Selain itu, depresi semakin sukar dikawal apabila seseorang lebih cenderung memendam emosi dan berdiam diri berbanding berkongsi dengan keluarga, sahabat ataupun pakar kaunseling.

2) Mati pucuk

Myhealth.gov.my merekodkan masalah mati pucuk atau Erectile Dysfunction (ED) adalah ketidakupayaan dalam memperoleh dan mengekalkan ketegangan yang lama untuk mencapai kepuasan hubungan seks.

Kajian epidemologi di Malaysia pada tahun 1997/1998 menunjukkan 1.7 juta lelaki berumur 40 tahun ke atas mengalami masalah mati pucuk.

Masalah tersebut berpunca daripada beberapa faktor antaranya ialah penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan; kecederaan pada otak dan saraf tunjang; kegagalan hati dan buah pinggang serta masalah perubatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah (arteriosclerosis).

Selain itu, mati pucuk juga berkaitan dengan tabiat merokok, minum alkohol, stres, kegemukan dan kurang aktiviti fizikal.

3) Buah dada lelaki

Menurut laporan Cleveland Clinic, Gynecomastia atau buah dada lelaki merupakan gangguan hormon yang boleh dialami daripada usia kanak-kanak hingga lelaki dewasa.

Ia berpunca apabila hormon estrogen meningkat secara drastik ataupun berlakunya penurunan tahap hormon testosteron yang tidak seimbang.

Lantas, dada akan membonjol menyerupai buah dada wanita sehingga menyebabkan lelaki berasa malu dan kurang keyakinan diri tatkala tampil di khalayak.

Selain hormon, terdapat beberapa faktor yang turut mengundang pada masalah 'buah dada lelaki' seperti obesiti, kekurangan nutrisi, penyakit hati mahupun kegagalan buah pinggang.

MASALAH 'buah dada lelaki' berpunca apabila hormon estrogen meningkat atau tahap hormon testosteron menurun.
MASALAH 'buah dada lelaki' berpunca apabila hormon estrogen meningkat atau tahap hormon testosteron menurun.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!