'Saya sendiri malu tengok perlawanan Kelantan FC'

Zamsaham ketika majlis berjumpa penyokong di Zambuger Kelantan, Kota Bharu pada Sabtu.
Zamsaham ketika majlis berjumpa penyokong di Zambuger Kelantan, Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengakui sudah kehilangan kata selepas pasukan miliknya itu terus mengalami kekalahan dalam saingan Liga Super musim ini.

Menurut Zamsaham, beliau sebagai pemilik sendiri malu untuk melihat perlawanan melibatkan Kelantan FC selain turut dimarahi oleh penyokong pasukan itu susulan prestasi kurang memuaskan.

Malah, beliau turut menjelaskan tidak berniat untuk menahan gaji pemain sebaliknya ia sebagai satu cara mendidik pemain untuk memberikan aksi yang lebih baik.

"Bukan niat saya nak tahan. Saya cuma kata saya dah tak tahu nak marah apa kat pemain. Pemain main betul-betul saya bagi balik gaji.