GTSM rayu campur tangan PM selesai isu teksi

Warga teksi seluruh negara berkumpul pada himpunan Reformasi Teksi 2.0 di hadapan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya untuk menghantar memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini. FOTO ZAHID IZZANI

A
A
A

PUTRAJAYA - Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) merayu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya campur tangan dan menyelesaikan masalah dalam industri teksi di Malaysia.

Yang Dipertuanya, Kamarudin Mohd Hussain berkata, kira-kira 2,000 pemandu teksi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak berkumpul menuntut hak kesamarataan yang adil.

Menurutnya, industri teksi dan kebajikan mereka terjejas apabila syarikat-syarikat 'e-hailing' menawarkan perkhidmatan tersebut kepada kenderaan-kenderaan persendirian yang jelas telah melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010.

Kamarudin Mohd Hussain menyerahkan memorandum kepada pegawai di Pejabat Perdana Menteri pada himpunan Reformasi Teksi 2.0 di pekarangan Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini. FOTO ZAHID IZZANI
Kamarudin Mohd Hussain menyerahkan memorandum kepada pegawai di Pejabat Perdana Menteri pada himpunan Reformasi Teksi 2.0 di pekarangan Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini. FOTO ZAHID IZZANI

"Kami kesal dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke apabila beliau menutup pintu rundingan dengan pihak kami dan mengguna pakai segala keputusan yang dibuat pada zaman terdahulu tanpa mengadakan sebarang kajian.

"Kami telah dianaktirikan oleh kementerian itu apabila pihaknya memberi perlindungan kepada syarikat-syarikat korporat khususnya Grab, walhal perkara tersebut bertentangan dengan peruntukan Undang-Undang Negara," katanya pada Sidang Media selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Pejabat Perdana Menteri sempena Reformasi Teksi 2.0 di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Perhimpunan melibatkan kira-kira 2,000 pemandu teksi seluruh negara itu turut menyaksikan pemandu melaungkan "hidup teksi" selain mempamerkan plakad bertulis "Grab original name was my-teksi", Tun M Selamatkan periuk nasi kami", "Reformasi Teksi 2.0 tolong bela nasib kami", "Yb Loke sombong dan angkuh" dan "tolong jangan rompak rezeki kami pemandu teksi".

Terdahulu persatuan pernah memohon untuk bertemu menteri terlibat bagi menyelesaikan pelarasan tambang, komisen, menetapkan peraturan yang adil antara teksi dengan e-hailing.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption