Muktamar Pemuda Pas bermula

Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi dijadual menyampaikan ucaptama pada jam 9.30 pagi diikuti pelancaran.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi dijadual menyampaikan ucaptama pada jam 9.30 pagi diikuti pelancaran.
A
A
A

KUANTAN - Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kali Ke-60 bermula hari ini di Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini.

Persidangan yang dihadiri kira-kira 721 perwakilan daripada 179 Pas kawasan akan dirasmikan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebentar lagi.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi dijadual menyampaikan ucaptama pada jam 9.30 pagi diikuti pelancaran.

Selepas itu, Tuan Ibrahim akan menyampaikan ucapan perasmian program tahunan Pas tersebut.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut hadir bagi menzahirkan hubungan antara dua parti itu yang semakin baik khususnya selepas PRU14.

Selain Asyraf yang lengkap berbaju Melayu merah, turut hadir beberapa exco pemuda parti itu dan Ketua Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Shahir Adnan.

Pada Muktamar Dewan Muslimat Pas Pusat Ke-59 pada 15 Jun lalu, Penolong Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar hadir sebagai wakil pergerakan berkenaan.

Muktamar Tahunan Pas Ke-65 yang merupakan kemuncak persidangan tahunan parti itu berlangsung tiga hari bermula 21 Jun ini di Dewan Sukpa.

Artikel Berkaitan:

Sidang muktamar itu dijadual bermula pada jam 12 tengah hari hingga 9 malam mengikut agenda yang telah diatur.

Sesi pengundian bagi pemilihan jawatankuasa Dewan Pemuda Pas berjalan serentak dengan sidang muktamar dan keputusannya dijangka diumumkan pada jam 11 malam ini.